Tuesday 3 December 2013

Resipi: Bubur Ayam untuk Tiny


Assalamualaikum,

Resipi kali ni adalah bubur yang sering saya masak untuk si manja, Tiny. He is almost 1year old now tapi gigi baru tumbuh 2 batang je. Jadi buat lah bubur, senang sikit Tiny nak makan. Sebelum ni, seperti yang paeditrician cadangkan saya intro Tiny dengan steamed vege/ fruit purée seperti carrot, kentang, broccoli, peas, apple, pear dan lain-lain. Bila dah masuk 8-9 bulan saya cuba pelbagaikan bahan -bahan  seperti menggunakan rempah ratus dan juga kaedah masakan. Sebab nya saya nak expose Tiny pelbagai citarasa dan trigger taste bud nya supaya menjadi seorang adventurous eater seperti maknya. Hehe. Jom kita tengok macam mana nak masak bubur ni.

Bubur Ayam untuk Tiny
Bahan - bahan ( untuk 9-10 servings)



1 biji Bawang besar dihiriskan  ( saya guna 1/2 biji, kalau nak guna bawang kuning atau bawang kecil pun boleh, tak jadi isu)

2 ulas bawang putih dihiriskan ( saya guna 1/2 sudu kecil bawang putih yang telah ditumbuk.

1 biji kentang dipotong dadu.

1 batang carrot dipotong dadu.

1 keping dada ayam dicuci bersih dan dipotong kecil-kecil ( sumber protein ni boleh diganti dengan isi ikan - boleh guna ikan merah, tenggiri, kerisi, any ikan yang banyak isi dan kurang tulang)

1 keping celery dipotong kecil ( Kali ni saya guna Chinese celery, baunya kurang kuat berbanding yang biasa)

1 biji tomato dibuang biji2nya dan dipotong dadu.

1 batang kulit kayu manis.

2 keping bunga lawang.

1-2 genggam beras dicuci bersih.

1 sudu besar butter ( saya guna olive butter )

1 sudu besar serbuk ikan bilis homemade (ikan bilis yang telah dicuci di goreng tanpa mintak dan ditumbuk halus dinafikan sebab si penambah perisa)

Cara-cara:

1. Panaskan butter. 


2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, celery, kulit kayu manis dan bunga lawang seminggu naik bau tumisan.



3. Masukkan kepingan dada Ayam, gaul sehingga separuh masak.

4. Masukkan sayuran selebihnya dan secawan air.

5. Akhir sekali, masukkan beras dan serbuk ikan bilis. Tutup periuk dan masak sehingga menjadi texture bubur.


Memandangkan Tiny tak banyak gigi lagi, saya blend bubur mengikut konsistensi yang diinginkan- tak terlalu halus. Oh! Amaran: Jangan lupa buang kulit kayu manis dan bunga lawang tu. Selepas dikisar, saya simpan di dalam storage cup kecil2 dan simpan beku. Cukup untuk makan 2-3 hari.

Selamat mencuba!






Monday 2 December 2013

Resipi: Sambal Tumis Sardin


Asaalamualaikum, 

Hari ni, saya nak share satu resipi lauk favourite family saya iaitu Sambal Tumis Sardin. Lauk ni bukan saja menyelerakan tapi mudah nak cari bahan dan memasaknya pun senang dan kejap. Lauk ni jugak dikenali sebagai resipi survival di waktu saya cemas2 kekeringan idea nak masak apa😝. Jom tengok macam mana nak masak.

Resipi Sambal Tumis Sardin
Bahan-bahan (2 orang):

1/2 Bawang besar dihiris (lebih sikit pun tak apa, sambal lebih manis)

2 ulas bawang putih dihiris (saya guna setengah  sudu kecil bawang putih yang telah dikisar- telah saya sediakan terlebih dulu)

1 inci halia (untuk kurangkan rasa hanyir- tak letak sebab lupa hehe - ok je)

2-3 sudu besar cili boh

1 tin sardin yg sederhana 



Tomato ( saya guna tomato cherry, maka saya tak potong hehe campak sahaja nak ringkas kan?! 😉)


1 Kentang kulit dikupas dan dipotong empat atau hiris tebal (dilumur kunyit sikit garam dan digoreng terlebih dahulu - tapi saya nak ringkas, tak goreng pon)

2 sudu besar minyak masak

Garam secukup rasa

Cara - cara:

1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar dan bawang putih. Kemudian tumis cili boh sampai minyak terbit. Saya goreng lama sikit bagi garing sikit supaya sambal tumis lebih ummph!


2. Kemudian, masukkan sos tomato daripada tin sardin dan masakkannya beberapa ketika bagi rasanya mesra. 

3. Masukkan kentang dan tambah setengah tin air dan masak hingga mendidih/kentang lembut.

4. Masukkan ikan sardin dan tomato gaulkan dan tambahkan secubit dua garam ikut citarasa dan siap! 

Sedap dimakan dengan roti canai, tosai atau nasi panas+kicap.

Selamat mencuba!